Tuesday 3 March 2020

🌸TIP UNTUK KULIT WAJAH SIHAT ALAMI

Bahayanya sekarang ni ada ramai individu yang boleh buat perkhidmatan nak putihkan kulit muka, nak bagi kulit glowing yada yada yada tanpa ada ilmu asas kesihatan pun.

Bila muka dah barai, memang ambil masa yang sangat lama nak baik atau boleh 

We are what we eat.

Nak lihat seseorang itu amalkan gaya hidup sihat, boleh lihat dari kulit wajah dia (tidak termasuk mereka yang dah cucuk macam macam atau buat pembedahan)

Mereka yang sihat (minum air kosong secukupnya, makan makanan yang sihat, rajin bersenam, bijak menguruskan stress, tidur yang cukup) memang akan terpacul ‘glowing’ pada kulit mereka😊

Tips untuk kulit sihat & glowing:
1. Kekal hidrasi ( air kosong 2-3 liter sehari)
2. Makan sayur dan buah setiap hari
3. Kurangkan makanan manis dan berminyak
4. Bersenam setiap hari kerana peluh adalah salah satu cara untuk nyahtoksin
5. Bijak kawal stress
6. Tidur yang cukup setiap hari
7. Cuci wajah masa bangun dan sebelum tidur. Cuci wajah dengan bersih 
8. Gunakan skincare yang selamat
9. Tidak memicit jerawat
10. Paling penting, gunalah sunscreen setiap hari ( pilih yang selamat dan betul ok)
11. Selalu sedekah senyuman
12. Bersihkan hati 
13. Rajin kan diri berwuduk

Tiada siapa kata kulit yang sihat adalah yang putih.

Sebab itu berdosa mengubah ciptaan Allah.

Berhati hatilah ok.
Risau saya tengok makin banyak peniaga yang menjaja tentang skincare dan perkhidmatan facial yang merbaya.

Ingat ya, tiada satu suntikan vitamin C yang selamat. 

Berhentilah merosakkan diri sendiri hanya kerana mahu kelihatan ‘cantik’.

Skincare yang bagus adalah tidak mengandungi bahan merbahaya, tidak berbau dan tidak berwarna warni✌🏻

Kecantikan itu adalah keyakinan.
Yakinlah yang segala apa yang Allah kurnia kita adalah yang terbaik. Tugas kita cuma memelihara kurniaanNya dengan sihat dan tidak memudaratkan😊

Sabda Rasulullah saw:)
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. 
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.)

Nota kaki : Berhias tak salah cuma janganlah berlebihan sehingga membelakangkan dosa pahala♥️

Dr. Erna Nadia

وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“…dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan….”.
(Al-A’raf:31-32)



#SkincareHerbaSemulajadi
#BebasKimia
#AlhauraBeauty
#NaturalBeautyOfAsianSkin

No comments:

Post a Comment