Sunday 6 December 2020

KENAPA KALAU SKIP PAKAI PRODUK, ADA NAIK GATAL-GATAL, RUAM-RUAM

Biasanya 60% wanita alami benda ni. 

Okey macam ni, boleh cek balik kat sini, ada dua kemungkinan. First, maybe kita alami purging atau breakout. 

Purging ni proses nak clearkan/bersihkan balik kulit muka kita dari segala masalah jerawat, minyak, kotoran. Biasanya berlaku dulu benda ni sebelum kulit muka kita betul-betul bersih macam yang kita nak.

Breakout ni pulak, biasanya jerawat atau bintik-bintik merah yang memenuhi kulit muka kita disebabkan pori kulit kita yang tersumbat (ni biasa berlaku disebabkan kulit kita tak serasi dengan kandungan produk yang kita guna. 

So, first sekali, kena pastikan dulu kita ni purging ke breakout. 


Macam mana nak tahu? Kalau breakout. Breakout ni, contohnya, selama ni kita tak pernah langsung ada jerawat dekat pipi, tapi 1day tu, pipi kita penuh jerawat. ya, itu breakout. 

Breakout ni biasanya berlaku sebab kulit kita allergic dengan kandungan dalam produk. Dan kalau betul breakout, kita memang disarankan stop. Maksudnya, asal guna je produk tu, memang akan teruk. 


Bukan berperingkat tau. Dia terus jadi teruk. Tu memang akibat allergic dan kulit breakout.

Kalau purging ni pulak, dia berlaku ada tempoh dia. Dia berlaku paling lama pun 3-4 minggu je atau sekali sekala. 

So, kalau berlaku symptom macam tumbuh jerawat kecil, gatal sikit-sikit, ini normal, selagi mana ia tidak berterusan lebih dari 30 hari, sebab lepas 30 hari, sel kulit baru akan berganti dan kulit akan kembali normal.


Kalau ragu-ragu, boleh cuba kurangkan dos penggunaan. Contohnya, kalau biasa cuci muka dua kali, kita try cuci sekali je. Kalau biasa apply krim kerap, cuba apply malam je. Kalau biasa guna skrub tiap-tiap minggu, cuba guna 2 minggu sekali je. 

Then tengok perubahan macam mana. Macam purging ni, dia ni  proses bersihkan kulit, hingga jerawat-jerawat yang tersimpan tu dipaksa keluar, so waktu tu, memang lebihan jerawat tu akan muncul selalu. 


Ini proses biasa, proses clearing la lebih kurang. Tapi proses purging ni berlaku pada sesetengah orang je. Tak semua alami. Kalau kulit seseorang tu dah okey, dia tak berlaku dah purging.


Produk yang akan menyebabkan berlakunya purging ni, produk yang ada ‘exfoliate’. Exfoliate ni proses yang akan membuang sel-sel kulit mati dan bantu mempercepatkan regenerasi sel kulit baru hingga jerawat-jerawat yang ada dekat bawah kulit muncul. 


So, jerawat yang dipaksa keluar tu akan dikecutkan dan akhirnya kulit kita akan jadi lebih sihat dan bersih. Waktu ni baru la kulit akan nampak sihat.


Apa pun, kita kena ingat, kita tak boleh bergantung 100% pada produk. Kena juga jaga kesihatan dalaman kita. Contohnya, minum air masak banyak, lap muka dengan tuala khas (expecially yg kulit sensitif atau mudah berlaku merah-merah).


Walaupun kita dh guna sesuatu produk tu lama, kita still berisiko untuk alami juga purging, lagi-lagi kalau ada yang memang ada masalah period tak teratur/hormon tak teratur.


selain hormon, masalah psikologi (tekanan), pencemaran air pun boleh jadi salah satu asbab.


60-80% wanita alami purging. Kalau ada yang tak ada dalam kategori tu, alhamdulillah.


Tapi doktor cakap banyak kali, air masak je boleh bantu. Semua benda ni kalah dengan air.



Sumber info & Editor : Founder Alhaura Beauty


Sumber : pakar kulit - Dr Azhar, sahabat baik (Founder Alhaura-Cikgu Fie)


Friday 4 December 2020

TIPS TUKAR PRODUK BARU



1) Tinggalkan skincare lama.


2) Rest kan kulit sekurang-kurangnya seminggu. Tanpa pakai apa-apa. 


3) Untuk pencuci muka

▶ Boleh cuci dengan air suam + sikit garam bukit. Bilas dengan air sejuk.


4) Jangan sesekali picit jerawat.! No no no. Nanti jerawat lagi banyak & tinggal parut.


5) Sentiasa minum air yang cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Tak cukup air kulit jadi kusam dan kering.


Selepas seminggu, baru boleh mulakan pakai SET SKINCARE ALHAURA BEAUTY.